Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi.
Bulan
Rejab : apakah fadilatnya
melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan Rejab merupakan
salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan
Rejab mengandungi
peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan
Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam
yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi
Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan
Rejab ini sebagai satu
bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat
sunat khususnya ibadat
puasa.
Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk
melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis
yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat
dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam
begitu laris dipasaran menjelang bulan
Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan
maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat
Rejab yg terkandung
didalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor
penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat
sunat. Injeksi faktor ini
dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti
rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]
Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala
Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa
bulan Rejab sahaja yg
dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin
berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap
atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas,
zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini
kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan
kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri,
dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam
Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu
bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan
salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam
Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,
(yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi,
di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama
yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan
yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir
musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di
hormati" ialah:
"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan
Rejab"[2]
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini
sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam
dan Rejab. Umat Islam
adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika
mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah),
dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji
melakukan ibadat puasa.
Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan
puasa
sunat pada hari Asyura'
(10 hb Muharam).
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan
Rejab?
Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat
Rejab.
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab
terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.
Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu
perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa
hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan
Rejab kebanyakkannya
adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat,
tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil
yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad
saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan
Rejab, dimana statusnya
antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."
Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam
risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat
Rejab, pengumpulan jumhur
Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat
Rejab, Puasa
dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"
b. Fadilat Rejab berada
bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.
Fadilat Rejab secara
umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah
didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada',
didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah
dan Muharram, dan yg tunggal ialah
Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! !
erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.
c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
"Amalan Saleh didalam bulan Rejab
adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat
puasa, SAMA sahaja [berpuasa]
hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan
Rejab tidak terdapatnya
hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. "
Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
i.
"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil
Rejab, warna airnya sangat
putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati
hari dari bulan Rejab,
maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.
ii.
"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan
Rejab seolah-olah dia
berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7
pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga
akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa
dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.
iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa
rejab menurut hari, dan
didalamnya terkandung matan :
:"Rejab bulan Allah.
Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.
d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :
"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan
Rejab, kemudian diikuti
oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan
Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah
akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan
dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab."
- Itu adalah hadis Mawdhu'
e. Menziarah kubur pada bulan Rejab
tiada nasnya:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan
Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr
mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau
menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan
Rejab dan mengambil
tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka
menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan
Rejab, tidaklah ada
asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan
bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan
Rejab ini kita mengingati
kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati
Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera
Salib (Rejab 583H, 1187M).
Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita
mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana
orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan
Rejab. Allah yg Maha
Mengetahui."
2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama
dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat
Rejab adalah sama seperti
yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
"tidaklah ada kesahihan didalam bulan
Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram,
bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram
- Al-Taubah:36. Iaitu Rejab,
Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat.
Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa
Rejab khusus mengatakan
Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw
banyak berpuasa didalam Sya'ban.."
b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab
kebanyakkannya lemah dan palsu.
Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas
Rejab kebanyakkan
merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat
Rejab - "Rejab
bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar
dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! ....
yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai
nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat
Rejab kepada sesiapa yg
bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar
sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah
berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu
tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg
berlebih-lebihan...."
c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah
sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar.
Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk
ibadat itu sendiri. Katanya :
"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg
biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa
ini merupakan Hadis yg bohong."
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu
Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui
mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan
kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis.
Kata beliau :
"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan
melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa
mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat
Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia
adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari
sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas
untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi
dsb.........."
3. Ibnu Hajar Al-Asqalani
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau
bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam
fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat
Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat
hadis-hadis yg melarang berpuasa
Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah
kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa
dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai
hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka
beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik
atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan
atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna
penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat
untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". ! ! ! - riwayat
Muslim. Jika mempercayai puasanya atau
puasa ini lebih baik dari
puasa lainya yg didalamnya terkandung
puasa nazar, Ibnu hajar
lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi
didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan
Rejab dibenci olehnya
kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan
puasa di setiap hari
kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia
sunat sebagai
sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini
mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa
yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa
adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam
Rejab maka perkara itu
ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."
4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab
puasa
sunat, mengatakan bahawa :
"Puasa
Rejab, bukanlah ada
padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia
dari bulan-bulan yg haram".
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama.
Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan
Rejab sahaja untuk
berpuasa sunat adalah
makruh[6].
Hadis-hadis fadilat Rejab
yg palsu atau dhaif
Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan
fadilat Rejab:[7]
a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam
Rejab kemudian dia
mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad
pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10
salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini
adalah Palsu.
b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi
Rejab 14 rakaat dengan
membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu
Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia
selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia
bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan
kepadanya 1000 malaikat.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.
c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan
Rejab (ganjarannya) sama
dengan puasa sebulan.
-Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang
rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat,
bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi
ini adalah seorang yg Dhaif.
d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan
Rejab, dituliskan baginya
ganjaran puasa satu bulan
dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan
Rejab maka Allah tutupkan
daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada
bulan Rejab maka Allah
membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu!
! ! asa separuh dari bulan Rejab
maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan
hadis.
e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan
Rejab dan bangun pada
malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada
hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan
Tahlil dan Takbir.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka
berdusta.
f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan
Rejab mengerjakan solat
malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari
buah-buahan Syurga.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini
diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.
Bagaimana beramal didalam bulan ini?
a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan
bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan,
beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu
perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku
berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya
didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat
didalamnya untuk satu kaum yg lain"
Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga
terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya
berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga
Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya,
akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi,
maka tidaklah menjadi masalah."
Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal
berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi
berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan
Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"
c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah
Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali,
Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya amalan berpuasa
sunat didalam bulan-bulan
haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr
Wahbah Zuhaily[10] :
"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan
Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi
keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah
puasa yg afdal selepas
Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam,
dan seafdal puasa selepas
bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah
Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah :
Sunat berpuasa didalam
bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis,
Jumaat dan Sabtu."
d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga
memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai
puasa dibulan-bulan haram,!
! ! kata nya:
"Mengenai sunat berpuasa
dibulan Rejab dan Sya'ban,
Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa
Rejab (secara tunggal)
adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli,
maka tidaklah Makruh."
e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta
memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan
Rejab itu
sunat atau bid'ah, beliau
telah menjawab [12]:
"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi
bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh,
melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi
tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan
berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga
kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan
beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa
golongan manusia berpuasa seluruh bulan
Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat
beberapa orang berpuasa bulan Rejab,
Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh",
selepas berbuka, mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari
Syawal....Hasil dari puasa
ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka
apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para
sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan
berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam
puasa. Semua kebaikan
adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa
yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw
dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam
Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini
adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram,
tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab
dan Sya'ban, kera! ! ! na ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau
sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.
Puasa-Puasa
sunat yg lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan
mengenai puasa-puasa
sunat, beliau telah
menyenaraikan 8 jenis puasa
yg beliau sifat sebagai :"Puasa
yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"
Puasa-puasa
sunat (suka rela! ! ! ):
"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan
Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9
Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "
Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan
puasa
sunat, tetapi dia mas! ! !
ih mempunyai baki puasa
wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar,
maka hendaklah dia melakukannya puasa
itu dahulu.[14]
Kesimpulan :
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab
kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr,
Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk
melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan
Rejab, yg ada cuma fadilat
umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan
Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti
bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan
Puasa
sunat dan banyakkan
bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab
tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai
kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan
Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan
Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung
diberi keutamaan melakukan puasa
(MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan
Rejab mempunyai
kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita
adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min
zalik).
Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita
disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada
juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia
menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan
seperti fadilat Rejab atau
bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita,
iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat
21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam
masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah
diajarkan oleh Rasulullah saw.
Rujukan :
1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab,
Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.
2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL :
http://quran.al! ! ! -islam.com/arb/Default.asp
3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat
Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249
4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat
Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308
5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat
Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249
6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan
khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:
7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah &
palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.
8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi,
2000. ms. 371.
9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms.
269.
10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr,
1989. ! ! ! ms 591.
11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Dar
Al-Manar, 1999. ms 447-448
12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline -
Puasa
Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310
13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi,
2000. ms 415
14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.
ms 595.
WALLAHU A'LAM BISSOWAB
DISUSUN SEMULA OLEH :
USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI
PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR
KUB MALAYSIA BERHAD