"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar . Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 2-3)

Doa Penghilang Sedih & Derita

Diriwayatkan dalam kitab ibn Sunni dari Abi Musa Al-Asya’ari ra bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“Barangsiapa yang ditimpa kesedihan atau mengalami penderitaan maka berdoalah dengan kalimah ini dengan berkata :



اللَهُمَّ انِِّي عَبدُكَ , ابن عبدك , ابن أمتك , ناصيتي بيدك , ما ض في حكمك عدل في قضأؤك أسألك بكل اسم هو لك سميته به نفسك او أنزلته في كتابك أو علّمته احدا من خلقك أواستأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري و جلاءحزني و ذهاب همّي

Maka berkatalah seorang lelaki kepada baginda : Wahai rasulullah apakah kami dapat mengajarkan doa ini kepada yang tidak hadir di kalangan kami ? Maka bersabdalah baginda : “Bahkan sampaikanlah doa ini dan ajarkanlah mereka kerana sesungguhnya barangsiapa yang membaca doa ini maka nescayalah Allah akan menghilangkan derita sedihnya dan memberikan kegembiraan kepada dirinya” (hadith sahih riwayat Ahmad no 391 Jilid 1 dan Ibn Hibban no 972 dan Abu Ya’la dan Hakim).

Diriwayatkan dalam sahihain (kitab sahih bukhari dan Muslim) bahawa baginda rasulullah apabila ditimpa bala musibah akan membaca doa berikut :
" لا اله الا الله العظيم الحليم , لا اله الا الله رب العرش العظيم , لا اله الا الله رب السموات ورب الارض ورب العرش الكريم "

(hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


اللهم رحمتك ارجو فلا تكلني الى نفسي طرفة عين وأصلح شاني كله لا اله الا أنت

(hadith hasan riwayat Abu Daud dan Ahmad).


Diriwayatkan oleh Anas bahawa baginda nabi salalallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Janganlah sesiapa di kalangan kamu yang mengharapkan kematian dari akibat derita kesusahan yang menimpanya sebaliknya jika sudah tidak mampu maka berdoalah Allahumma (ya Allah) hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik bagiku” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 5671 dan Muslim no. 2680).


" Dan berdoalah kamu kepada Aku(Allah) nescaya Aku(Allah) akan makbulkan" (Surah Al-Ghafir : 60).

Labels

 
My Diary of Life / Catatan ku. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.