"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar . Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 2-3)

Perempuan yang aku sayangi




Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir cinta,
takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda

Perempuan yang aku suka
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuanganku dibelakang hari
SesungguhnyaPerempuan yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah engkau, isteriku

# petikan dari majalah muslimah

Pagi yg membawa sinar baru

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana aku awal hari ni ke tempat keje, dan aku akan cuba jadi pekerja yg cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya Allah.

Message hari ini


Hari ni aku dapat message, message datang dari customer aku yg aku buatkan freelance, message tu berbunyi "abang dapat b-, terima kasih". Ya Allah, ape yg telah aku lakukan. Kesilapan yg x sepatutnya ku ulangi. Insya Allah x akan ku ulangi.

Semalam aku pegi ke menara telekom(rebung) jumpa kakak takaful, kerjaya baru aku insya Allah agent takaful. Moga-moga Allah membantuku utk dalam menjalani liku2 hidup ini.

Malamnyer pulak pegi ke Elken MLM, bukan ape nak charge balik diri ni. Nak bagi motivasi tengok orang yg berjaya, seronok sangat tengok ade kalangan yg personality macam ustaz duduk di tempat VIP. Alhamdulillah, Allah tunjukkan orang yg amal Islam pun boleh berjaya. Terima kasih Allah.

Gambar-gambar yg sempat dirakam :
























Tapi, hari ni suasana agak suram, ya Allah..

Yang Abadi
by Mestica

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

Terkuburnya kerjaya Freelance!

Persoalan yg menghantui pemikiran dan benak sanubariku kita telah membuahkan hasil. Kerjaya tu penuh persoalan dan aku kena memikirannya supaya setiap wang ringgit yg terhasil bersumberkan yg halal.

Firman Allah:
"Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan Allah?" (as-Syura: 21)

"Katakanlah! Apakah kamu menyetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah memang kamu hendak berdusta atas (nama) Allah?"(Yunus: 59)

Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (al-A'raf:157)


Sabda Rasulullah SAW:

Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari)


Salam

Sy ade buat freelance it, sy advertise tentang sesape nak buat project it dan kebanyakkan yg reply adelah student yg x reti atau malas buat project IT termasuklah final year project diorang.

Apekah hukum sy membuat kerja tersebut?

Syukran.


alJawab:

kerja freelance tu memang harus, cuma syara' mahu tahu perincian freelancing tu? Jika pihak university mengetahui bahawa projek student itu dibuat oleh pihak kedua, maka gagallah matlamat dan tujuan university utk melahirkan pelajar yang berdikari dan ia kelihatan seolah-olah degree itu boleh dibeli dgn bantuan agen freelance. Ini kerana project paper final year, selalunya university sudah ada advisor bagi student utk memberi khidmat nasihat kepada perojek. tapi kalau si student itu pergi outsource projek itu kepada agen freelance maka ia adalah violation kepada etika university.
maka jika anda bersyubahat kepada penipuan itu ia adalah suatu bisnes yg tercela.
Dalilnya:
"dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran" AQT 5:02

Tapi jika bantuan anda itu spt Pusat Tuition yakni membantu pelajar utk score lebih bagus dlm exam, tak apa pulak. anda hanya memberi khidmat nasihat dan tunjukajar cara2 menyiapkan projek paper, tak apa. cuma jangan anda yang tolong buat dari A sampai Z.

Cth lain: jika ada seseorang menjadi agen freelance utk menolong orang persaorang atau bisnes cara dan teknik supaya kurang membayar cukai pendapatan (income-tax) pun termasuk dalam kategori yg sama. sekian


Rupa-rupa nye bukan mudah nak carik rezeki yg halal kat dunia ni, banyak cabaran dan dugaannya. Kadang-kadang yg senang dapat duit tu yg x boleh buat, ape yg perlu aku lakukan ialah start a new business. Aku kena jadi businessman Islam yg berjaya. Kalau tade business Islam yg berjaya sape nak bantu Islam? Sape yg tolong orang Islam kalau berlaku perkara yg x dijangka. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu dalam mencari redhaMu.




Pagi ini..

Seperti biasa azamku setiap hari, utk datang office ruined with my attitude, what of Muslim I am. Ya Allah, today suppose my last day to be like this, aku kena keluar dari kepompong kemalasan ini. Aku patut jadi pekerja yg cemerlang kerana itu dituntut dalam Islam. Manakan tidak, asyik layan Naruto jer. Aku x sabar nak abiskan setiap chapter Naruto ni supaya aku ade masa utk buat keje lain.

Buku agama yg aku beli pun x abis aku baca, Quran x abis. Programming skill x improve within this month, sepatutnya aku kena buat research pasal JSP. Pasal aku ade satu job baru nak kena buat, ade abang ni mintak tolong buat project final dia. Aku x sure status keje aku ni halal ke dak? Boleh ke aku buat macam tu yerk? Membantu orang buat keje ni. Aku kena tanya pakar jap gi.

Oklah aku nak start keje, pagi2 ni aku bukak2 PC kuar hadith dari Computer aku dari hadith 40 Imam Nawawi..

Hadis Keenam "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Ya Allah bersihkan hatiku yg Allah.

Ya Allah berikan ku kekuatan.

Pagi ni agak lesu bagiku, mungkin sebab masalah semalam menghantui pemikiranku. Aku tidor agaknye dalam kul 3 pagi. Aku sedar pukul 6.30 pagi dan terus solat dan sambung tido. Rasa x larat nak bangun walau seminit. Bila ku sedar dah 8.25. Seperti biasa aku akan lambat ke tempat keje. Tidakkk!! I must change my attitude right now. Aku mesti jadi orang Islam yg kuat. Bukan yg lemah dan malas.

Sampai kat opis macam biasa kena bukak pintu opis, bila start pc aku, tetiba screen biru ganas mencemari pagiku yg dingin. Aku terasa otot2 dan urat sarafku menekan otakku. Argghh.. pagi2 pc ni dah buat hal. Baru aku ingat semalam aku cabut hard drive pastu aku selamba je tinggal. Masya Allah..

Aku try guna telefon opis aku, bila dail je, aik dah x leh? ape ni.. ooo patutla semalam HR Manager sound aku yg aku ade telofon lama sampai Boss aku tau. Kantoi. Memang salah aku menyalahgunakan telefon opis. Astaghfirullah..

Hari ni aku akan cuba jadi orang Islam yg kuat bukan yg lemah.

---------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”

Riwayat Muslim


Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
ii) Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
iii) Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
iv) Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
v) Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

---------------------------------------------------------------------------------------

Rinduku

Ya Allah, aku sedar kelalaianku ini. Ampuni dosaku ya Allah. Bila terdengar lagu dari P.Ramlee yg dinyanyikan semula oleh various artis nasyid, terasa kesayuan dalam diri.

Ya Rasulullah, terasa sayu dalam diri kerana x menjadi umatmu yg cekal dan kuat. Ya Rasulullah, rahmatilah umatmu ini. Ya Rasulullah, andaikata kami lalai dalam berselawat kepadamu ya Rasulullah alangkah hinanya kami.

Alangkah indah pengorbananmu, semoga kami dapat bersamamu ya Rasulullah. Dipetang yg suram ni, terasa sesuatu menusuk dikalbu. Ya Allah, bantulah kami menurut jejak insan yg tercinta, Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."

Amir bin Rabiah r.a

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."

Abu Hurairah r.a

------------------------------------------------------------------
DiMana KanKu Cari Ganti
by Various Nasyid Artis

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal kami sendiri
Tiada berteman
Didalam sepi
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah mengundang gerhana
Keluhan hatiku
Menambah derita
Rindukan dikau
Jauh dimata
.
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kita berjumpa
Di saat gembira
Selama-lama

Ya Rasulullah...

--------------------------------------------------------------------

Labels

 
My Diary of Life / Catatan ku. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.