"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar . Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 2-3)

Rinduku

Ya Allah, aku sedar kelalaianku ini. Ampuni dosaku ya Allah. Bila terdengar lagu dari P.Ramlee yg dinyanyikan semula oleh various artis nasyid, terasa kesayuan dalam diri.

Ya Rasulullah, terasa sayu dalam diri kerana x menjadi umatmu yg cekal dan kuat. Ya Rasulullah, rahmatilah umatmu ini. Ya Rasulullah, andaikata kami lalai dalam berselawat kepadamu ya Rasulullah alangkah hinanya kami.

Alangkah indah pengorbananmu, semoga kami dapat bersamamu ya Rasulullah. Dipetang yg suram ni, terasa sesuatu menusuk dikalbu. Ya Allah, bantulah kami menurut jejak insan yg tercinta, Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak."

Amir bin Rabiah r.a

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."

Abu Hurairah r.a

------------------------------------------------------------------
DiMana KanKu Cari Ganti
by Various Nasyid Artis

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal kami sendiri
Tiada berteman
Didalam sepi
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah mengundang gerhana
Keluhan hatiku
Menambah derita
Rindukan dikau
Jauh dimata
.
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kita berjumpa
Di saat gembira
Selama-lama

Ya Rasulullah...

--------------------------------------------------------------------

Labels

 
My Diary of Life / Catatan ku. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.