"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar . Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 2-3)

Pagi ini..

Seperti biasa azamku setiap hari, utk datang office ruined with my attitude, what of Muslim I am. Ya Allah, today suppose my last day to be like this, aku kena keluar dari kepompong kemalasan ini. Aku patut jadi pekerja yg cemerlang kerana itu dituntut dalam Islam. Manakan tidak, asyik layan Naruto jer. Aku x sabar nak abiskan setiap chapter Naruto ni supaya aku ade masa utk buat keje lain.

Buku agama yg aku beli pun x abis aku baca, Quran x abis. Programming skill x improve within this month, sepatutnya aku kena buat research pasal JSP. Pasal aku ade satu job baru nak kena buat, ade abang ni mintak tolong buat project final dia. Aku x sure status keje aku ni halal ke dak? Boleh ke aku buat macam tu yerk? Membantu orang buat keje ni. Aku kena tanya pakar jap gi.

Oklah aku nak start keje, pagi2 ni aku bukak2 PC kuar hadith dari Computer aku dari hadith 40 Imam Nawawi..

Hadis Keenam "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Ya Allah bersihkan hatiku yg Allah.

Labels

 
My Diary of Life / Catatan ku. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.