"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar . Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 2-3)

Terkuburnya kerjaya Freelance!

Persoalan yg menghantui pemikiran dan benak sanubariku kita telah membuahkan hasil. Kerjaya tu penuh persoalan dan aku kena memikirannya supaya setiap wang ringgit yg terhasil bersumberkan yg halal.

Firman Allah:
"Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan Allah?" (as-Syura: 21)

"Katakanlah! Apakah kamu menyetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezeki, kemudian dijadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; katakanlah apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah memang kamu hendak berdusta atas (nama) Allah?"(Yunus: 59)

Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (al-A'raf:157)


Sabda Rasulullah SAW:

Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari)


Salam

Sy ade buat freelance it, sy advertise tentang sesape nak buat project it dan kebanyakkan yg reply adelah student yg x reti atau malas buat project IT termasuklah final year project diorang.

Apekah hukum sy membuat kerja tersebut?

Syukran.


alJawab:

kerja freelance tu memang harus, cuma syara' mahu tahu perincian freelancing tu? Jika pihak university mengetahui bahawa projek student itu dibuat oleh pihak kedua, maka gagallah matlamat dan tujuan university utk melahirkan pelajar yang berdikari dan ia kelihatan seolah-olah degree itu boleh dibeli dgn bantuan agen freelance. Ini kerana project paper final year, selalunya university sudah ada advisor bagi student utk memberi khidmat nasihat kepada perojek. tapi kalau si student itu pergi outsource projek itu kepada agen freelance maka ia adalah violation kepada etika university.
maka jika anda bersyubahat kepada penipuan itu ia adalah suatu bisnes yg tercela.
Dalilnya:
"dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran" AQT 5:02

Tapi jika bantuan anda itu spt Pusat Tuition yakni membantu pelajar utk score lebih bagus dlm exam, tak apa pulak. anda hanya memberi khidmat nasihat dan tunjukajar cara2 menyiapkan projek paper, tak apa. cuma jangan anda yang tolong buat dari A sampai Z.

Cth lain: jika ada seseorang menjadi agen freelance utk menolong orang persaorang atau bisnes cara dan teknik supaya kurang membayar cukai pendapatan (income-tax) pun termasuk dalam kategori yg sama. sekian


Rupa-rupa nye bukan mudah nak carik rezeki yg halal kat dunia ni, banyak cabaran dan dugaannya. Kadang-kadang yg senang dapat duit tu yg x boleh buat, ape yg perlu aku lakukan ialah start a new business. Aku kena jadi businessman Islam yg berjaya. Kalau tade business Islam yg berjaya sape nak bantu Islam? Sape yg tolong orang Islam kalau berlaku perkara yg x dijangka. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu dalam mencari redhaMu.




Labels

 
My Diary of Life / Catatan ku. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.