"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar . Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 2-3)

Himpunan Hadith Palsu yg Populer 1

Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri China


1. Dikeluarkan oleh Ibn Abdil Barr, dari Anas r.a., bahawa Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud:

"اطلبوا العلم ولو بالصين...."

"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam. Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi menuntut ilmu kerana redhakan ilmu yang dituntutnya."

2. Ibnu Adiy, Abu Nu'aim, al-'Uqaili, al-Baihaqi, adh-Dhia', Abu al-Qasim
al-Qusyairi, al-Khateib dan Ibnu 'Alyak an-Nisaburi meriwayatkan dari jalan Abu 'Atikah, dari Anas r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam."

Hadith ini mawdu'. Penyakitnya ialah, Abu 'Atikah ini. Abu 'Atikah ialah; Tharif bin Sulaiman yang disepakati ulama' akan keda'ifannya:
a. Al-'Uqaili memandangnya sangat da'if
b. Al-Bukhari berkata: Abu 'Atikah mungkar hadithnya.
c. Kata an-Nasa'i: Ia tidak thiqah.
d. Kata Abu Hatim: Zahibul hadith.
e. As-Sulaimani menyebutnya di anatara orang yang dikenal dengan membuat hadith

Al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadith ini. Hadith ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya; al-Maudhu'at dan beliau berkata: Kata Ibnu Hibban: Hadith ini batil, tiada asalnya dan diakui oleh as-Sakhawi dalam kitabnya; al-Maqasid. Adapun bahagian kedua hadith, iaitu; "kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam" banyak diriwayatkan dari jalan lain dan dia adalah sahih seperti yang ditegaskan oleh al-Albani dalam kitabnya; Silsilatul Ahadith Shahihati.

2. Az-Zahabi menyebutkan dalam al-Mizan dari riwayat Ibnu Karram, dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China."

Hadith ini mawdu'. Penyakitnya ialah; Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin Khalid al-Juwaibari:

a. Kata az-Zahabi: Al-Juwaibari adalah diantara orang yang dijadikan
perumpamaan dengan pembohongannya.
b. Kata Ibnu Hibban: Dia ialah Abu 'Ali, salah seorang dajal.
c. Kata an-Nasa'I dan ad-Daruquthi: Dia adalah pembohong.
d. Kata Ibnu 'Adiy: Al-Juwaibari membuat hadith untuk Ibnu Karram mengikut kemahuan Ibnu Karram dan Ibnu Karram mentakhrijkannya dalam kitab-kitabnya dari Ibnu Karram. Kemudian az-Zahabi menyebutkan beberapa hadith yang membuktikan kebohongan al-Juwaibari, di antaranya hadith di atas.

Dan mengikut Ibnu Karram pula az-Zahabi berkata: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang ahli bid'ah yang saqith hadithnya. Ia banyak meriwayatkan hadith dari Ahmad Juwaibari dan Muhamaad bin Tamim as-Sa'di yang kedua-duanya pembohong:
a. Kata Ibnu Hibban: Ibnu Karram menjadikan iman itu ialah perkataan tanpa makrifat.
b. Kata Ibnu Hazmin: Ibnu Karram berkata: Iman itu ialah perkataan dengan lidah, dan jika beriktiqad kufur dengan hatinya maka dia adalah mukmin.
c. Kemudian az-Zahabi berkata: Dia ini adalah seorang munafiq sejati, pasti tempat yang paling bawah dari neraka, apakah yang memberi manfaat kepadanya dengan menamakannya sebagai seorang mukmin?
d. Kata Ibnu 'Iraq: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang sheikh golongan Karamiah yang dengan bid'ahnya meriwayatkan hadith-hadith mawdu'.



Para sahabat ibarat bintang dilangit.

1. “Para sahabat aku adalah seperti bintang-bintang, barangsiapa dari kamu mengikut mereka, mereka akan diberikan petunjuk.”

Hadith ini maudhu’. Dikeluarkan oleh Ibn Abdil Barr dlm Jaami’ Bayaan Al-‘Ilm (2/91) dan Ibn Hazm dlm Al-Ihkaam (6/82) melalui jalur:

Sallam Ibn Sulaim berkata Al-Haarith Ibn Ghisseen meriwayatkan kpd kami dari Al-A’masy dari Abu Sufyaan dari Jabir dari Rasulullah S.A.W

Ibn `Abdil Barr berkata, “Bukti tidak dapat dicapai melalui isnad ini kerana Al-Haarith ibn Ghisseen adalah majhul (tidak diketahui).” Ibn Hazm berkata, “ Ini adalah riwayat yg lemah. Abu Sufyaan adalah lemah; Al-Harith ibn Ghisseen adalah Abu Wahb At-Thaqafi; Sallam bin Sulaim selalu meriwayat hadith palsu – ini adalah salah satu darinya tanpa sebarang syak lagi.

Sallam Ibn Sulaim atau dikenali dgn nama Sallam Ibn Sulaimaan, dia disepakati oleh ulamak jarh wa ta’dil bahawa dia adalah dha’if. Malah Ibn Khiraash berkata tentangnya, “Dia adalah pendusta.” Ibn Hibban berkata tentangnya, “Dia sering meriwayatkan hadith maudhu.”

Manakala Abu Sufyan, Dia tidaklah lemah seperti yg perkatakan oleh Ibn Hazm tetapi dia adalah tsiqah spt yg diperkatakan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dlm At-Taqreed dan Imam Muslim turut memuatkan riwayat darinya dlm sahihnya.

Al-Haarith Ibn Ghisseen tidak diketahui spt yg diperkatakan oleh Ibn Hazm dan Ibn Abdil Barr walaupun Ibn Hibban menyebut tentangnya dlm Kitab At-Tsiqah.

Imam Ahmad diriwayatkan berkata bahawa, “hadith ini tidak sahih.” (Al-Muntakhab, Ibn Qudamah)

Imam Sya’rani dlm Al-Mizan (1/2 berkata, “Hadith ini walaupun menjadi perbahasan di kalangan muhadditheen tentang kesahihannya, tetapi ia dianggap sahih pada pandangan orang kashf (sufi).”

2. “Petunjuk sahabat2 ku adalah seperti bintang; barangsiapa yang mengikut mereka akan diberi petunjuk yg benar.”

Maudhu’. Dikeluarkan oleh Qudaa’i melalui jalan:

Ja’far Ibn Abdul Waahid yang berkata Wahb ibn Jarir Ibn Haazim memberitahu kita dari ayahnya dari Al-A’masy dari Abu Salih dari Abu Hurairah dari Rasulullah

Ibn Al-Muhidd dan Az-Zahabi berkata tentang hadith ini, “hadith tidak sahih langsung.” Kecacatan hadith ini berada pada Ja’far di mana Imam Daraqutni berkata, “Dia selalu memalsukan hadith.” Imam Abu Zur’ah berkata, “Dia selalu meriwayatkan hadith yg tidak diketahui asal usulnya.” Az-Zahabi berkata, “Ini adalah salah satu bencana darinya.”

3. “Sesungguhnya sahabat2ku umpama bintang2. Sekiranya kamu menerima apa yg diperkatakan oleh mereka, maka kamu akan diberi petunjuk.”

Maudhu’. Ibn Abdil Barr melaporkan bahawa hadith ini mu’allaq (sanadnya tidak lengkap). Ibn Hazm berkata bahawa sanad yg lengkap diperolehi dari Abd Ibn Humaid dlm Al-Muntakhab Min Al-Musnad spt berikut:

Ahmad Ibn Yunus memberitahu aku: Abu Shihaab Al-Hannnaat meriwayatkan kpd kami dari Hamzah Al-Jazree dari Nafi’ dari Ibn Umar dari Rasulullah.

Ibn Battah turut meriwayatkannya dlm Al-Ibaanah dgn jalur rijal yg lain dari Abu Shihaab.

Ibn 'Abdul-Barr berkata, “Isnaad ini tidak sahih; tidak siapa yg menerimanya sebagai bukti yg ia diriwayatkan oleh Nafi’.”

Hamzah dlm sanad ini adalah Ibn Abi Hamzah; Daraqutni berkata tentangnya, “Dia adalah seorang matrukul hadith (ditinggalkan hadithnya). Ibn Adi berkata, “Kebanyakan riwayatnya adalah palsu.” Ibn Hibban berkata, “WalaupunDia meriwayatkan secara berseorangan riwayat palsu dari perawi yg tsiqah, tidak dibenarkan meriwayatkan darinya.” Az-Zahabi dlm Lisanul Mizan menyebut hadith2 palsu yg diriwayatkan darinya dan ini adalah salah satu darinya.

Labels

 
My Diary of Life / Catatan ku. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.