"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar . Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan , sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 2-3)

Tunisia tetap pertahan pengharaman tudung

Penemuan yg memeranjatkan, berani sungguh melawan hukum Allah.. Apa nak jadi dunia sekarang????


Tunisia tetap pertahan pengharaman tudung


Pemakaian hijab dianggap sebagai 'pakaian puak pemisah'

TUNIS: Kerajaan Tunisia, sebuah negara Islam mengulangi larangannya mengharamkan wanita memakai hijab atau tudung atas alasan melindungi hak golongan wanita itu.

Berikutan itu ada pelajar wanita yang dibuang sekolah hanya kerana mengenakan tudung selain menjadi mangsa perbuatan diskriminasi dan gangguan hanya kerana menutup aurat.

Keputusan kerajaan itu bagaimanapun disambut kecaman kaum wanita, khususnya aktivis, badan bukan kerajaan dan pelajar yang mendakwa mereka berdepan pelbagai masalah akibat larangan berkenaan, lapor Islamonline semalam.

Pada 1981, bekas Presiden Habib Bourguiba (1956-1987) meluluskan undang-undang mengharamkan semua wanita Tunisia bertudung di semua pejabat kerajaan. Pemakaian tudung itu sebaliknya dianggap sebagai ‘pakaian puak pemisah.’

Selepas itu, pada era 1990-an, kerajaan memperketatkan lagi larangan itu dengan membabitkan semua institusi dan bangunan awam.

Namun kini, tudung kembali dipakai kebanyakan wanita muda dan pelajar di negara Afrika itu biarpun dengan penguatkuasaan larangan berkenaan.

"Tindakan membenarkan pemakaian tudung hanya boleh memperlahankan proses pembangunan negara. Buat masa ini kita berpegang kepada larangan itu," kata Hedi Mhenni, Setiausaha Agung Parti Barisan Demokratik Perlembagaan (RCD) yang juga parti pemerintah Tunisia ketika mempertahankan larangan itu kelmarin.

Beliau mengulas berikutan kekecohan mengenai larangan itu di Tunisia dibangkitkan sekarang, khususnya ketika sesi akademik baru pengajian yang bermula ketika ini.

Mhenni berkata, larangan itu harus dihormati di semua tempat awam termasuk bangunan institusi pengajian tinggi.

"Kita tidak mahu isu mengenai pemakaian tudung ini merencatkan pembangunan negara. Jika hari ini kita meluluskan peraturan membenarkan pemakaian tudung, esok lusa kita terpaksa pula menerima hak asasi wanita untuk bekerja dan mendapat pendidikan."

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Tunisia, peguam dan cendekiawan mengecam kempen ‘keras’ kerajaan mengenai larangan itu setiap kali bermulanya sesi baru akademik. Mereka menyifatkan larangan itu bukti jelas pencabulan hak asasi wanita negara itu.

"Cara kerajaan menangani isu hijab ini jelas bercanggah dengan syarat asas hak asasi manusia dan lebih penting, agama dan identiti diri kita sebagai seorang Muslim," kata Ziad al- Dolati, bekas pemimpin pergerakan al-Nahda Al-Dolati turut mengecam pertubuhan wanita yang dituduhnya bersikap talam dua muka dengan tidak mempraktikkan apa yang diperjuangkan apabila gagal membela pelajar wanita yang dibuang sekolah kerana bertudung. – Agensi

Sumber: Berita Harian ( 9 Okt 2006)

Labels

 
My Diary of Life / Catatan ku. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.